Friday, April 15, 2011

Masjid Sultan Abu Bakar





Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu bangunan masjid yang lama dibina di Johor Bahru. Sengaja saya ketengahkan seni bina yang terdapatnya kerana bagi saya masjid ini sungguh unik dari segi seni bina dan kedudukkannya yang menghadap Singapura..

Pets Photoshoot






Ini merupakan percubaan pertama untuk saya merakamkan gambar Pets kesayangan adik bongsu saya.. Sememangnya bukan mudah untuk mendapatkan gambar sepertimana yang dirancang..
Disebabkan kepayahan ini yang membuatkan saya suka bidang ini! :)

Wedding Shuk & Hidayah




Client: Shuk & Hidayah
Tempat: Kuantan, Pahang
Tarikh 3 & 25 Disember

Seronok shoot pasangan ni kerana disebabkan kesportingan mereka maka mudah untuk saya menjalankan tugas..dan ni first pasangan yang nk buat outdoor tanpa mengenakan baju pengantin..kira sempoi ah! Ribuan terima kasih atas sambutan yang diberikan pada saya..tahniah Shuk & Yaya.. :)

* tak sangka hadir sebagai photog tp layanan dh mcm menyambut menantu pulak..hehe thanks korang!

Tuesday, July 27, 2010

Zamri & Norafidah


Tempat : Sg. Ranggam & Melaka
Tarikh : 12 & 19 Jun 2010

Sunday, June 6, 2010

Wedding Durrani & Abg Joe (Jeli Kelantan)







Tempat: Jeli Kelantan

Tarikh: 4, 5 & 6 Jun 2010

Terima kasih kepada pasangan Durrani Nadira dan Mohd Faizul kerana memberi kepercayaan kepada GS utk merakamkan hari bahagia mereka. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau kerana layanan yg diberikan sehingga merasakan diri sebahagian daripada keluarga mereka. Boleh dikatakan mereka antara pasangan yg sporting yg pernah saya rakamkan malah ahli keluarganya juga turut serta melancarkan kerja walaupun dalam kesibukan melayan tetamu.

* ade maso kte g shooping rantau panje lg deh? =)

Wednesday, June 2, 2010

anak-anak kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

M. Nasir - anak-anak kita

Sunday, May 23, 2010

Experimentasi strobist




Model: Syacz Antero & Elin Azahari
Make up: Their self