Sunday, June 6, 2010

Wedding Durrani & Abg Joe (Jeli Kelantan)







Tempat: Jeli Kelantan

Tarikh: 4, 5 & 6 Jun 2010

Terima kasih kepada pasangan Durrani Nadira dan Mohd Faizul kerana memberi kepercayaan kepada GS utk merakamkan hari bahagia mereka. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau kerana layanan yg diberikan sehingga merasakan diri sebahagian daripada keluarga mereka. Boleh dikatakan mereka antara pasangan yg sporting yg pernah saya rakamkan malah ahli keluarganya juga turut serta melancarkan kerja walaupun dalam kesibukan melayan tetamu.

* ade maso kte g shooping rantau panje lg deh? =)

Wednesday, June 2, 2010

anak-anak kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

M. Nasir - anak-anak kita

Sunday, May 23, 2010

Experimentasi strobist




Model: Syacz Antero & Elin Azahari
Make up: Their self

Friday, April 23, 2010

Outing Jejak Alam






Sebenarnya sudah lama saya impikan untuk merakamkan gambar alam semulajadi dan akhirnya baru2 ini impian tersebut terlaksana jua. Bersama saya beberapa orang sahabat dari sifoo.com memulakan "pencarian" ke Sungai Pisang di daerah Gombak.
Kami memang sengaja melalui jalan jauh utk ke sana bukan kerana "takut sesat" ;p atau sebaliknya, kerana kami sukakan cabaran dan banyak tempat yg "menarik" bagi kami utk dirakamkan.
Sememangnya perjalanan ke Sg Pisang sangat menarik dan memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja.

Wedding Latifah & Shariman (Perak)




Tarikh: 13 Mac 2010
Tempat: Kampung Gajah Perak.

Saturday, February 20, 2010

selamat bertunang

Di kesempatan ini sy mengucapkan selamat bertunang Nurul Hazwani bt Nasruddin atau lebih mesra dipanggil knurul dikalangan ahli pencak silat UUM.. Semoga beliau berbahagia bersama bakal suami tercinta dan GS mendoakan agar kebahagiaan berkekalan hingga akhir hayat..

wedding Surya & Mazlan (kedah)






Ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada GS.. GS mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai semoga berbahagia selalu..