Bagaimana kita melihat perkara-perkara sekeliling kita? Dengan melihat juga mencerminkan diri kita samada seorang yang bagaimana. Kadang-kadang kita terlepas beberapa moment penting yang mungkin dilihat pada asalnya sekadar perkara biasa.
Tak ramai antara kita yang mempunyai kebolehan melihat dan bukan sekadar memandang tanpa memikirkan apa yang disebalik pandangan tersebut.. Kerana kebanyakkan dari kita melihat dalam pengertian konvesional dan tak ramai dari kita yang melihat dari sudut pandangan kreatif. Sekeping gambar menterjemahkan pelbagai pendapat, persoalan dan jawapan kerana seni itu dilihat menyeluruh luar dan dalam.
Di sini saya tak bercadang nak menerangkan soal art of seeing kerana saya bukanlah insan yang layak untuk menerangkan soal ini, sekadar cetusan bicara biasa yang kadang kala jiwa meronta-ronta untuk menulis tanpa ada sandaran. Gambar yang baik adalah gambar yang dapat menerbitkan "wow factors" pada sesiapa yang melihatnya. Seeing dengan ertikata dapat menyampaikan 1001 mesej yang mudah diterima sesiapa.
Banyak faktor yang menjadikan sesebuah persembahan gambar itu menjadi menarik antaranya kecekapan penggunaan kamera, tona warna, garisan, texture, rule of third dan beberapa lagi perkara yang membantu dalam keberkesanan persembahan.
Seharusnya persembahan yang baik adalah, apabila sesebuah hasil seni itu dapat mengajar dan membawa audience tentang persembahan tersebut supaya dapat dihayati dan diterima.
0 comments:
Post a Comment