Saya dibesarkan dalam keluarga yang punyai bakat seni lukis yang sangat dicemburui. Namun demikian, nasib tak begitu menyebelahi saya kerana saya merupakan seorang yang "tangan bangku"..Err..rasanya itu yang boleh diibaratkan pabila saya mmg tak pandai melukis..
Walaupun bakat melukis tu takde pada saya, tp saya sgt minat pada lukisan dan ingin utk pandai melukis..Hasilnya habis buku teks sekolah dan buku catatan sekolah dikerjakan oleh anak muda yang bertangan bangku ini sewaktu beliau bersekolah..
Nak cerita sikit zaman sekolah dulu.. Pernah juga saya memasang angan untuk menjadi seorang kartunis.. Punyalah gila nak jadi kartunis sehinggakan majalah Ujang dan Gila-Gila menjadi sumber rujukan utama.. Seterusnya buku tulis sekolah dijadikan bahan persembahan yang dipenuhi dengan cerita pendek dan karekter katun yang menjadi kegilaan..sekurang-kurangnye buku tu digunakan dengan sepenuhnya bkn? Cukup la dulu cerita pasal anganan yang tak menjadi tu..
Now, back to the story.. Saya merupakan peminat seni foto dan dalam waktu yang sama sangat meminati seni lukis. Dengan berbekalkan minat itu, saya cuba terjemah dalam bentuk yang mungkin agak radikal hasilnya. Bermula dengan mengambil gambar, dan diterjemahkan dalam bentuk seni painting atau Digital Painting.
Berikut merupakan hasil kerja saya melalui seni Digital Painting |
Walaupun tak seperti lukisan betul tetapi pada saya, menterjemah gambar tersebut menjadi sesuatu hasil yang lain memberikan satu kepuasan yang saya sendiri pun tak tau nak cakap camane....hahaha... Pendek kata segala bakat dan kelebihan yang ada, eloklah digunakan sebaik mungkin dan mungkin juga si tangan bangku ini akan terus berdiri dengan bakatnya ini...
Sekian, tengkieu ailebieu..
0 comments:
Post a Comment