Saturday, November 12, 2011

Sini jap kaklong, maklang, kakngah..ade bende nk mengepoh ni..

Tadaaa...Setelah sekian lama bertapa dan demi memenuhi hajat anda semua, saya telah membuat penelitian mendalam tentang design album semasa, serta harga yang sesuai, maka GS tampil dgn pakej-pakej menarik untuk sepanjang tahun 2012 yang bakal menjelma tak berapa lama lagi ni.

Promosi ini berkuat kuasa dari tarikh entry ini di post dan ketahuilah barang sesiapa terlepas peluang keemasan ini, maka...ishh..tak berani la nk cakap..hahaha

So..siapa cepat dia dapat..akhir kalam, semoga anda semua berbahagia dan teruskan menyokong saya..

[NaimSahir]
(tel) +60174137991








Friday, June 17, 2011

Post Wedding (manipulation edition)

Pada suatu hari saya di datangi seorang kenalan berdekatan tempat kerja..kira mcm ni la dialognya;

Lelaki:"bang, ko boleh edit gambar ea..?"
aku: "ala..sikit2 boleh la..tp aku x pandai buat muka orang jadi muda..hahaha"...dgn terbahaknya aku ketawa..tp brader tu relek je..
Lelaki:"Gini..ko tolong kasi tacap gambar kawin aku boleh? tp kemeramen aku dia pakai filem r.. x digital macam sekarang.."
aku: "Errmm..ok, bg aku tgk dulu.. Mana dia?.."
Lelaki:"ada..ada..ni...

aku: "Errmm...ok loh..."
Lelaki: "Harga macamana kira?..."
aku: "ala...nnti2 la..bg aku scan, buat dulu..dh siap nnti ko nilai sendiri la..."

Selang beberapa lama...







aku: "beb, ni...cmna?.."
Lelaki: ......dia senyum je....
aku: "bro..?" (lama dia perhati gambar kawin dia...) "weh ok x?.."
Lelaki: "aku x tau nk kata ape..best do.."nnti aku bagi yang lain ea...yg ni aku amek dulu..pnjm pendrive ea.." hehehe...
aku: "demm.."


* ps: Sekeping gambar mampu buat kita rasa muda dan tersenyum sepanjang hari.. x rugi menjadi selebriti di mata empunya gambar.. :)

Sunday, June 12, 2011

Wedding Nizam & Wana





Client: Nizam & Wana
Vanue: Muar
Photos by: Noramizan Razali
Design layout: Naim Sahir

Design concept: Vintage

Melaka Part 1



Di Masjid Selat Melaka dan panorama malam sekitar bandar Melaka..

Tanjung Piai

Dah lama rasanya x diupdate blog ni...salah satunya kekangan masa yg sgt mencemburui la.. Penghujung bulan 5 yg lepas saya di arahkan untuk menghadiri kursus oleh pihak jabatan bertempat di Tanjung Piai, Pontian.

Salah satu tarikan menarik di sana adalah Tanjung Piai mempunyai taman negara yg terdapat di dalamnya hutan paya bakau yang masih terpelihara dan di sana merupakan penghujung benua Asia Tenggara. Di tambah view di sana agak menarik jugak..Sambil2 mengikuti kursus, lensa kamera berfungsi daripada dibiar ia berhabuk..

Berikut antara panorama yang sempat saya rakamkan sepanjang berada di sana..







Monday, May 23, 2011

Rumah Tinggal - HDR Version



Rumah tinggal bersebelahan penjara Johor bahru ini aku x pasti sejak bila dibina..Gambar ini dirakam sekitar jam 6.30 petang sewaktu minda kebuntuan dalam menentukan arah tentang apa yang patut dilakukan pada petang tersebut.

Thursday, May 19, 2011

Wedding Ijat


Date: 27 / 3 / 2011
Vanue: Muar, Johor

Tuesday, May 3, 2011

Wedding Faiz tom & Nadiah










Client: Faiz Tom & Nadiah
Tempat: Muar, Johor
Tarikh: 30 April 2011

Terima kasih dan tahniah pada pasangan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. :)

Wednesday, April 20, 2011

Tangan Bangku dan Digital Painting

Saya dibesarkan dalam keluarga yang punyai bakat seni lukis yang sangat dicemburui. Namun demikian, nasib tak begitu menyebelahi saya kerana saya merupakan seorang yang "tangan bangku"..Err..rasanya itu yang boleh diibaratkan pabila saya mmg tak pandai melukis..
Walaupun bakat melukis tu takde pada saya, tp saya sgt minat pada lukisan dan ingin utk pandai melukis..Hasilnya habis buku teks sekolah dan buku catatan sekolah dikerjakan oleh anak muda yang bertangan bangku ini sewaktu beliau bersekolah..

Nak cerita sikit zaman sekolah dulu.. Pernah juga saya memasang angan untuk menjadi seorang kartunis.. Punyalah gila nak jadi kartunis sehinggakan majalah Ujang dan Gila-Gila menjadi sumber rujukan utama.. Seterusnya buku tulis sekolah dijadikan bahan persembahan yang dipenuhi dengan cerita pendek dan karekter katun yang menjadi kegilaan..sekurang-kurangnye buku tu digunakan dengan sepenuhnya bkn? Cukup la dulu cerita pasal anganan yang tak menjadi tu..

Now, back to the story.. Saya merupakan peminat seni foto dan dalam waktu yang sama sangat meminati seni lukis. Dengan berbekalkan minat itu, saya cuba terjemah dalam bentuk yang mungkin agak radikal hasilnya. Bermula dengan mengambil gambar, dan diterjemahkan dalam bentuk seni painting atau Digital Painting.

Berikut merupakan hasil kerja saya melalui seni Digital Painting |





Walaupun tak seperti lukisan betul tetapi pada saya, menterjemah gambar tersebut menjadi sesuatu hasil yang lain memberikan satu kepuasan yang saya sendiri pun tak tau nak cakap camane....hahaha... Pendek kata segala bakat dan kelebihan yang ada, eloklah digunakan sebaik mungkin dan mungkin juga si tangan bangku ini akan terus berdiri dengan bakatnya ini...

Sekian, tengkieu ailebieu..

Saturday, April 16, 2011

Pandang & Lihat

Bagaimana kita melihat perkara-perkara sekeliling kita? Dengan melihat juga mencerminkan diri kita samada seorang yang bagaimana. Kadang-kadang kita terlepas beberapa moment penting yang mungkin dilihat pada asalnya sekadar perkara biasa.

Tak ramai antara kita yang mempunyai kebolehan melihat dan bukan sekadar memandang tanpa memikirkan apa yang disebalik pandangan tersebut.. Kerana kebanyakkan dari kita melihat dalam pengertian konvesional dan tak ramai dari kita yang melihat dari sudut pandangan kreatif. Sekeping gambar menterjemahkan pelbagai pendapat, persoalan dan jawapan kerana seni itu dilihat menyeluruh luar dan dalam.

Di sini saya tak bercadang nak menerangkan soal art of seeing kerana saya bukanlah insan yang layak untuk menerangkan soal ini, sekadar cetusan bicara biasa yang kadang kala jiwa meronta-ronta untuk menulis tanpa ada sandaran. Gambar yang baik adalah gambar yang dapat menerbitkan "wow factors" pada sesiapa yang melihatnya. Seeing dengan ertikata dapat menyampaikan 1001 mesej yang mudah diterima sesiapa.

Banyak faktor yang menjadikan sesebuah persembahan gambar itu menjadi menarik antaranya kecekapan penggunaan kamera, tona warna, garisan, texture, rule of third dan beberapa lagi perkara yang membantu dalam keberkesanan persembahan.

Seharusnya persembahan yang baik adalah, apabila sesebuah hasil seni itu dapat mengajar dan membawa audience tentang persembahan tersebut supaya dapat dihayati dan diterima.

Friday, April 15, 2011

Kids Portraiture





Adik Nur Alya Qaisara merupakan anak ke-2 kepada pasangan Asafik dan Nurul Hadyani.. Agak mencabar sebenarnya nk merakamkan gambar baby sebab nak kena layan dulu mood dia.. Gambar ini di rakam sempena majlis hari kelahirannya yang pertama.. Happy Birthday Alya! :)

Masjid Sultan Abu Bakar





Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu bangunan masjid yang lama dibina di Johor Bahru. Sengaja saya ketengahkan seni bina yang terdapatnya kerana bagi saya masjid ini sungguh unik dari segi seni bina dan kedudukkannya yang menghadap Singapura..